gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Foto

Amir Luqman (tiga dari kanan) bergambar bersama model Fesyen Show Elite Boxing, di Sunway Pyramid Convention Centre.

Rekaan unik serlahkan identiti fabrik warisan empatan

Namanya tidak asing lagi dalam industri fesyen tempatan dan bakatnya dijulang tinggi. Mana tidaknya, berkecimpung selama lebih 10 tahun dalam industri ini dan dalam ramai pereka fesyen sedia ada, Amir Luqman, satu-satunya pereka fesyen yang diberi pengiktirafan untuk menampilkan bakat seni kreativitinya menerusi Sukan muay thai begitu sinonim dengan acara gaya lasak sementara pertunjukan fesyen daripada peragawati yang mengenakan busana anggun pula lebih lembut dan gemalai.
Kedua-duanya daripada dunia berbeza Fashion Fighters Showcase sempena acara sukan Muay Thai, Elite Boxing: Thailand vs Asia, The Best of Malaysia, yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, baru-baru ini.a, namun bertemu dalam satu acara gah dan glamor, julung kali diadakan di Malaysia selepas pertama kali dilancarkan di Jerman dan diikuti di Thailand, dua tahun lalu.


Lima busana indah berkonsep batik dipersembahkan satu persatu bagi memulakan acara pembukaan majlis sekali gus menyerikan pentas peragaan. Lima peragawati tinggi lampai melalui laluan ahli sukan boxing dan mencuri tumpuan lebih 1,000 tetamu kehormat dari serata dunia.

Bangga

Amir Luqman yang mengenakan rekaan sendiri dengan skirt pendek batik yang dipadankan dengan jaket hitam ternyata dilihat hebat dengan menonjolkan identitinya sebagai pereka berbakat menerusi konsep batik keseluruhan rekaan pada malam itu.

Mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan lima gaun petang berkonsepkan batik tradisional, Amir Luqman ketika ditemui, berkata batik antara seni warisan Melayu yang tidak seharusnya diketepikan kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.
Katanya, memandangkan acara sukan Muay Thai Boxing dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan wujud perbezaan budaya, beliau batik turut dilihat sebagai fesyen yang hebat dengan menampilkan rekaan terindah.

“Lima rekaan busana berasaskan Batik Kelantan dipilih untuk mencuri tumpuan hadirin. Fabrik warisan keagungan Melayu perlu terus dipromosikan pada acara gah seperti ini terutama apabila ia dihadiri tetamu luar negara.

"Di pentas inilah antara platform terbaik untuk menyerlahkan keanggunan dan keunikan batik supaya mereka mengenali dan menghargai batik Malaysia,” katanya yang turut memberi suntikan hiasan dalaman di dewan peragaan berkonsepkan batik Kelantan.

Konsep rekaan

Amir Luqman yang juga anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang menjelaskan, rekaan gaun petang yang dihasilkannya sangat ringkas dan potongan bersih tetapi menyerlah dengan berbentuk bayangan sedikit seksi di bahagian bawah dan atas gaun.

“Pemilihan rona hitam kosong pada keseluruhan konsep rekaan bertujuan menonjolkan keunikan batik pada bahagian dada, kaki gaun dan perut. Fabrik crepe dan sutera sifon rona hitam kosong lebih indah tetapi memberi seri apabila digabungkan bersama fabrik kapas pada batik bermotifkan flora dan fauna.

“Ada yang menganggap hitam tidak berseri dan nampak malap tetapi bagi fesyen rekaan untuk acara Muay Thai ini amat bersesuaian dengan tema malah menyerlahkan gaya klasik dan eksklusif gaun batik tampak lebih anggun, mewah dan bergaya,” katanya yang pernah memenangi Piala Seri Endon, pada 2004.

Acara gemilang

Acara Muay Thai pertama kali diadakan dengan kerjasama Persatuan Pereka Fesyen Bumiputra (BDA) membariskan beberapa lagi pereka fesyen lain termasuk Ezuwan Ismail, WanPa, Melvin Shah, Hazree Wahid, Suriani Hassa, Fairuz Ramdan dan Fizi Woo dan Nazreen Idris.

Rekaan pereka terbabit digayakan oleh beberapa selebriti tempatan antaranya, Elaine Daly, Diana Danielle, Elfira Loy, Yasmin Hani, Nurul Wahab, Nadine Ann Thomas dan Intan Ladyana.