RANAU: Seorang warga tua dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilau, Kundasang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Abdul Rahman Kassim, berkata pihaknya belum boleh melancarkan operasi mencari lelaki berusia dalam lingkungan 70-an itu berikutan pergerakan tanah masih berlaku.
Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu pada jam 10.54 pagi tadi.