Berita Dalam Gambar

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman

MENTERI Besar, Azlan Man (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat EXCO kali pertama di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

MENTERI Besar, Azlan Man (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat EXCO kali pertama di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasukkan kad perakam waktu ketika hadir memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

BEKAS Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tengah) menyerahkan nota serah tugas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan nota serah tugas potfolio Kebudayaan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada majlis penyerahan tugas itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahaid Hamidi bersalaman dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sempena hari pertama bertugas di Kementerian Dalam Negeri, hari ini. - Foto Effendy Rashid

YB Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong yang baru dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memeluk ibunya Bibi Macperson, 83, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, hari ini. - Foto Nadim Bokhari

PEMANGKU Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) yang dilantik pada Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya

PEMANGKU Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah sempat berbual bersama Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kanan) di ruang legar Istana Iskandariah selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. - Foto Supian Ahmad

MENTERI Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (tengah) bergambar bersama EXCO yang baru dilantik selepas majlis angkat sumpah EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini. - Foto Lim Poh Chin

GALERI FOTO PRU-13

Keputusan Parlimen 2013

  • Barisan Nasional
    133 (140)

  • PKR
    30 (31)

  • PAS
    21 (23)

  • DAP
    38 (28)

  • Bebas
    0 (0)

* dalam kurungan keputusan 2008

CARIAN

BH LIVE

Twitter

Facebook